BIODATA SAYA

Assalamualaikum pembuka bicara. Nama diberi Muhammad Nurnizam Bin Suhaimi. Saya berumur 20 tahun, dilahirkan pada 26.8.1994 di Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Saya merupakan anak keempat daripada 7 orang adik beradik dan kesemuanya adalah lelaki. Saya sangat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Suhaimi bin Mohammad dan Kamariah Binti Abdul Rahman kerana telah membesarkan saya sejak kecil hingga sekarang. Saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Pendidikan Khas. Pendidikan saya sebelum saya masuk ke universiti adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah dan mengambil Tingkatan Enam. Alhamdulilah dengan keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya telah berjaya ditawarkan untuk menyambung ijazah di UKM. Disini saya telah dapat berjumpa dengan rakan- rakan baru dari pelbagai negeri dan kami boleh dikatakan rapat dan juga saling bantu membantu dalam pelbagai perkara. Harapan saya disini adalah untuk menjadi seorang guru yang terlatih dan juga mampu untuk menyahut cabaran apabila mengajar kelak.
Sekian.